Halaman Meru Permai
Bandar Meru Raya, Ipoh Perak
Halaman Meru Permai merupakan sebuah projek perumahan terkini yang dilancarkan oleh Kumpulan SB (SB Group). Projek ini menawarkan sebanyak 77 unit rumah teres satu tingkat dengan reka bentuk moden dan kontemporari, sesuai sebagai kediaman yang selesa dan tenang.
Halaman Meru Permai terletak di tengah-tengah Bandar Meru Raya, Ipoh, Perak, iaitu sebuah kawasan perbandaran yang moden serta dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti MYDIN Mall Meru Raya, Terminal Bas Ekspres Antara Negeri (Terminal Meru Raya), Hotel Casuarina, Tenby International Schools Ipoh, kedai komersial, restoran, kafe, hotel, dan kawasan pejabat institusi Kerajaan Negeri Perak. Lokasinya strategi berdekatan dengan Lebuhraya Utara-Selatan dan mempunyai akses mudah ke Lebuhraya Ipoh-Lumut.
Setiap unit rumah teres di Halaman Meru Permai mempunyai 4 bilik tidur dan 2 bilik mandi dengan keluasan binaan sekitar 1,000 kaki persegi. Saiz tanah adalah 20' x 70', dengan 2 lot parkir dan rumah ini dilengkapi dengan kemasan jubin moden.